BANYAK yang diperkatakan mengenai lawatan kerja pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK), dari 15 hingga 19 Januari atas jemputan rakan sejawatannya, Keir Starmer. Paling menonjol pastilah kejayaan Malaysia menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, selepas Anwar dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK. Selain itu, melalui beberapa pertemuan…










