“Akhirnya petani akan dapat apa? Meski pun ada pro dan kontra langkah kerajaan itu tetapi keputusan penggabungan tidak mungkin mendatangkan kesan apa-apa kepada petani.” Itu antara komen awal Pengerusi Persatuan Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban apabila ditanya keputusan kerajaan baru-baru ini yang akan menggabungkan tujuh agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu bakal membabitkan lebih 2,000 penguat kuasa…










