SAUDARA PENGARANG, BAGI menggiatkan perkembangan kemahiran reka cipta, program-program pembangunan pelajar di universiti yang dilaksanakan melalui persatuan dan kelab perlu memainkan peranan yang drastik. Dengan memulakan program secara kecil-kecilan melalui sesi perkongsian yang mudah akan menarik lebih ramai mahasiswa untuk menyertai program reka cipta dan inovasi. Misalnya, menganjurkan pertandingan esei, siri webinar dan penubuhan persatuan inovasi dan penganjuran mini pameran dan pertandingan inovasi. Manakala, kumpulan mahasiswa yang terbaik pula dibimbing…