MUKADIMAH INTEGRITI dalam kalangan pegawai dan anggota kerajaan masih menjadi tanda tanya terutama dalam kes rasuah, meskipun anggota penguatkuasa sepatutnya bertugas melindungi kepentingan awam. Sedangkan hal berkaitan integriti dan tatakelola baik sering ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam banyak ucapannya. Dalam temu bual Utusan Malaysia bersama Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), JAIS ABDUL KARIM mengatakan sekiranya tiada reformasi menyeluruh maka, sisi kelemahan kerajaan dalam sistem pengawasan negara…