AHAD lalu, beberapa kawan lama mengajak saya minum di restoran mamak. Memang banyak restoran mamak di Kuala Lumpur ini. Tetapi di mana-mana restoran pun penuh pada malam itu sebab berlangsungnya perlawanan yang menentukan pasukan mana yang jadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Saya yang tidak suka bersesak-sesak, terpaksa hadap sajalah. Kawan saya itu pun mencari mana-mana restoran yang membuka siaran perlawanan antara Arsenal dan Everton. Tetapi kebanyakan menyiarkan perlawanan Manchester…