GENAP setahun kerajaan madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau terus dilihat komited memposisikan negara mengikut acuan ditetapkan selaras dengan aspirasi dan cita-cita dihasratkan. Namun, dalam memastikan keberhasilan matlamat dan hala tuju gagasan Malaysia Madani agar menjadi lebih manusiawi, ia memerlukan usaha bersepadu dan holistik semua pihak. Justeru, di sinilah peranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendidik dan melahirkan bakat terbaik tempatan melalui peningkatan kapasiti sumber manusia…










