BAGI peminat filem Hindi, tentu sudah biasa melihat babak watak wanita mengikat seutas tali atau benang berwarna pada pergelangan tangan watak lelaki. Amalan ini biasa dalam kalangan penganut Hindu di India serta penganut Hindu dan Buddha di Nepal, walaupun kurang diamalkan di Malaysia. Malah di India, sambutan Raksha Bandhan diadakan secara besar-besaran dan penuh meriah pada Ogos setiap tahun. Kata raksha bermakna perlindungan manakala bandhan membawa makna ikatan atau hubungan.…