MUKADIMAH SATU persatu timbul pelbagai isu di sebalik gerakan untuk membela rakyat Palestin yang kini sengsara akibat kekejaman tentera Israel. Banyak tuduhan dan kecaman berlegar dalam kalangan masyarakat kita bermula tentang perhimpunan anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM), sehinggalah kutipan derma membabitkan Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin). Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat aktiviti pengumpulan dana Aman Palestin berikutan tuduhan yang dilemparkan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini. Justeru…