“TUGAS kita bukanlah untuk berhasil, tugas kita adalah untuk mencuba kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan kesempatan untuk berhasil.” – Buya Hamka. Minggu ini bermula 5 hingga 8 September, saya dan kumpulan aktivis #TagupiMembaca akan meneruskan dengan siri keempat program amal bertujuan membawakan pelbagai alatan bantuan pembelajaran dan bahan bacaan bagi manfaat kanak-kanak tanpa negara di Sabah. Mereka hidup sebagai warga tanpa negara atas faktor kegagalan ibu bapa memastikan…