SETIAP hujung minggu, perhatian saya tertumpu kepada akhbar harian yang terkandung beberapa rencana menarik, khususnya tentang ulasan politik semasa. Ulasan-ulasannya agak menarik, kritis dan mencuit minda oleh penulis-penulis tetap terpilih yang saya kira mempunyai pengikutnya tersendiri. Namun, dua tiga minggu lalu, perhatian saya lebih tertumpu kepada titah dua raja pemerintah. Apa yang disuarakan oleh baginda-baginda itu semacam bertepatan dengan perkara sama yang berlegar dalam minda saya sejak sebulan lalu. Lebih…










