DARIPADA tiga negeri dikuasai Pas, Kedah paling banyak mendapat tumpuan pemimpin Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) untuk ditumbangkan berbanding Kelantan dan Terengganu. Ini boleh difahami kerana Kedah lebih ramai pengundi bukan Melayu berbanding Kelantan dan Terengganu yang mempunyai jumlah pengundi Melayu amat tinggi. Pas juga sudah bertapak amat kuat di Kelantan dan Terengganu di mana penduduknya amat sinonim dengan parti itu. Atas dasar ini, maka calon-calon Pas dan Parti Pribumi…










