Hidup sebagai suami isteri tidak selamanya indah. Adakala berlaku selisih faham bak lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, kisah isteri dipukul suami hingga mati di Sungai Long, Kajang pada 21 Julai lalu adalah amat tragis dan memilukan. Suami berusia 32 tahun itu sudah diberkas polis di Johor, kelmarin. Insiden terbabit bukan kes pertama isteri menjadi mangsa…










