KEHILANGAN pengundi sehingga 3.2 juta oleh Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu wajar dijadikan kayu ukur kepada pengaruh tokoh yang hendak dijadikan sandaran oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti. Sudah pasti mereka adalah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai ‘panglima perang’ PN untuk menawan negeri itu. Kedua-dua…