MUNGKIN ramai kurang berpuas hati dengan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan tindak-tanduk China berhubung tuntutan bertindih Laut China Selatan yang dianggap begitu agresif sejak kebelakangan ini. Dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat beberapa hari lalu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ada bertanya sama ada Perdana Menteri ada berbincang dengan pemimpin China mengenai keselamatan di rantau ini terutama kehadiran tentera China di Laut China Selatan.…