MAJLIS Peguam pada 3 April lalu menerusi siaran akhbar yang diterbitkan dalam laman webnya bertajuk Keputusan Mahkamah Perlu Dihormati oleh Semua Pihak menyatakan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang Hakim Mahkamah Tinggi adalah di luar bidang kecekapan atau pemahaman suruhanjaya tersebut. Mereka juga menyatakan, “Majlis Peguam berpandangan bahawa badan yang sesuai untuk menyiasat dan memutuskan kelakuan etika hakim terletak pada Jawatankuasa Etika Kehakiman yang ditubuhkan di…