PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan menyaksikan lebih 21 juta pengundi berdaftar termasuk 7.8 juta pengundi baharu layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Bertunjangkan kepada sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, PRU dan mengundi adalah elemen penting yang mencorakkan pemerintahan di negara kita. Melalui undi, gerangan gabungan parti yang manakah akan membentuk kerajaan kita untuk lima tahun mendatang akan terjawab pada 19 November ini. Setiap kali PRU tiba, pasti…










