KITA berbangga apabila pemimpin utama negara berucap dalam bahasa Melayu di pentas dunia dan ini sepatutnya menjadi titik permulaan terbaik untuk semua pihak secara serius memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan. Usaha ini tidak boleh dilakukan secara bermusim sebaliknya perlu terancang dan konsisten iaitu berterusan sepanjang masa. Semua pihak perlu sedar bahasa adalah lambang identiti bangsa berdaulat. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah terpateri kemas dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan…










