Kibarkanlah Jalur Gemilang di rumah

Kibarkanlah Jalur Gemilang di rumah

KITA sepatutnya menghargai pengorbanan mereka yang telah menjadikan negara ini makmur dan aman sehingga kini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALUR Gemilang adalah lambang kedaulatan negara kita yang bebas daripada penjajahan mana-mana negara. Entah di mana silapnya, sambutan Bulan Kebangsaan seolah-olah sendu disebabkan Jalur Gemilang yang agak sukar dilihat berkibar sama ada di premis perniagaan mahupun taman perumahan.

Soalnya, adakah kita lupa yang Jalur Gemilang bukan sekadar kain putih dicorakkan dengan warna-warna merah, biru dan kuning tetapi adalah lambang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu?

Adakah kita lupa, mengapa Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan Melayu lain bermati-matian berjuang melawan penjajah? Sudah lupakah kita peristiwa Bukit Kepong, 72 tahun dahulu? Semuanya kerana perjuangan untuk memastikan negara kita terus kekal dan aman.

MODEN

Mengapa kita yang berada pada zaman moden dan makmur dengan ekonomi tidak pandai menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu?

Apa salahnya kita mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mahupun di pintu pagar rumah sebagai menghargai kemerdekaan yang pernah dilaungkan dengan penuh syahdu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj?

Kemerdekaan negara bukan percuma, ia dicapai dengan kerjasama erat pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India yang berunding dengan kerajaan British sebelum tarikh 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh keramat kita bebas daripada penjajahan. Walaupun pada masa ini pemimpin politik sibuk dengan agenda pilihan raya, sebagai rakyat biasa teruskanlah agenda kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65.

Ingatilah jasa para pemimpin lama yang menjadikan Malaysia disegani bukan sahaja kerana sukan malah sebagai sebuah negara yang berjaya mengekang pandemik Covid-19 daripada terus menular.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan hati yang bangga. Ingatlah bahawa harga bendera kita bukanlah mahal berbanding sebuah kemerdekaan yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya jika ia hilang selama-lamanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×