Seks luar tabii: Haiwan juga dilindungi - Utusan Malaysia

Seks luar tabii: Haiwan juga dilindungi

Seorang warga emas dihadapkan ke mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing, baru-baru ini. – MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang lelaki dituduh di mahkamah kerana melakukan seks luar tabii dengan kucing. Sebelum ini juga, ada kes melibatkan seks luar tabii dengan seekor kambing.
Seks luar tabii dengan haiwan adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Malaysia.
Seksyen 377 Kanun Keseksaan menyatakan sesiapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan haiwan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Elemen di bawah seksyen di atas adalah:
Dengan sengaja bermaksud seseorang itu ada niat melakukan perbuatan seks luar tabii dengan haiwan.
 Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Apakah yang dimaksudkan dengan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii? Adakah semestinya berlaku persetubuhan antara manusia dan haiwan melalui alat kelamin manusia dan haiwan?
Di dalam satu kes di India, Khanu lawan Emperor (1924) telah membuat analisis berkaitan isu ini. Di dalam kes ini tertuduh memasukkan kemaluannya ke dalam mulut haiwan manakala dalam State of Kerala lawan Kundumkara Govindan, tertuduh menggeselkan kemaluannya pada paha dan ia dianggap sebagai persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.
Antara analisis yang dibuat adalah sama ada perbuatan itu adalah persetubuhan bertentangan aturan tabii?
Mahkamah menyatakan di dalam kes ini adalah apabila berlaku persetubuhan secara semulajadi ia adalah bertujuan menghasilkan zuriat dan jika persetubuhan dilakukan melalui bahagian anggota yang bukan bertujuan menghasilkan zuriat ia dianggap sebagai persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.
Undang-undang ini juga memastikan tiada perbuatan penganiayaan terhadap binatang melainkan jika ia adalah bertujuan keperluan manusia umpamanya bagi makanan dan pengangkutan atau apa-apa keperluan yang tidak menganiaya binatang. (Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015)
Undang-undang berkaitan kebajikan binatang juga terdapat di dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 di negara ini – Seksyen 29 Akta ini antaranya menyatakan:
Kesalahan penganiayaan 29. (1) iaitu mana-mana orang yang:
 Dengan kejam memukul, menyepak,melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana-mana haiwan;
 terlebih naik atau terlebih tunggang mana-mana haiwan, kecuali untuk aktiviti berhubungan dengan sukan ekuestrian seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576);
menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dipergunakan sedemikian;
Sebagai pemunya mana-mana haiwan,atau sebagai penjaga mana-mana haiwan di dalam kurungan, tidak menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi;
 Dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada mana-mana haiwan;
 Menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dikurung, diangkut, diangkat atau dibawa mana-mana haiwan dengan apa- apa cara atau kedudukan yang menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu;
Mengambil kerja, menyebabkan,memperoleh atau sebagai pemunya membenarkan diambil bekerja di mana-mana tempat kerja, mana-mana haiwan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit, lemah, luka atau sakit, atau sebaliknya tidak sesuai untuk diambil bekerja;
 Mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara termasuklah memotong telinga, memendekkan ekor, mencabut gigi taring, mencabut kuku, menyelar, menindik atau mengurangkan salakan melainkan dengan apa-apa cara yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar;
 Melapah, memanggang atau membunuh mana-mana haiwan yang masih hidup kerana kepercayaan karut melalui tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan itu;
 Mengeluarkan mana-mana bahagian haiwan yang masih hidup melalui suatu tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan bagi maksud untuk mendapatkan kulit, minyak atau produk haiwan yang lain;
 Memasang dinamit,mengelektrikan atau meletak racun ke dalam mana-mana anak sungai, atau jasad air yang lain bagi maksud untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan; membiarkan mana-mana haiwan dirantai atau ditambat dengan menggunakan rantai atau tali yang pendek atau berat, atau mengikat kaki haiwan itu;
Menyimpan atau mengurung mana-mana haiwan di dalam sangkar atau bekas lain yang ukuran tinggi, panjang dan lebarnya tidak mencukupi bagi membenarkan pergerakan semula jadi haiwan itu;

Membuat tawaran jualan mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain;
Meninggalkan mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan, atau penyakit.
Walaupun haiwan tidak mempunyai suara untuk membantah perbuatan manusia namun kita mempunyai undang-undang untuk melindungi mahkluk ciptaan Tuhan itu daripada tindakan buas dan kejam manusia yang lebih dahsyat daripada haiwan.
Di mahkamah India di dalam kes Animal Welfare Board of India lawan A. Nagaraja dan Ors menyatakan haiwan juga ada hak untuk hidup dan maruah makhluk itu perlu dilindungi.

PENULIS ialah Pengamal Undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya