APABILA tiba abad ke-21, aspek status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini tidak lagi dipersoalkan. Namun, banyak persoalan yang wujud dalam abad ke-20 ikut terbawa ke abad ke-21. Salah satu aspek penting ialah sikap terhadap bahasa kebangsaan itu sendiri. Walaupun tidak timbul lagi persoalan penggunaan bahasa Melayu di Parlimen, tidak demikian halnya di mahkamah. Walaupun tidak timbul lagi persoalan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian, namun beberapa dasar seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan dasar dwibahasa tetap diperkenalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya