SEBELUM ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan 500,000 pekerja asing Bangladesh secara berperingkat. Saranan MTUC ini bukanlah bersifat antipekerja asing apatah lagi menutup periuk nasi mereka. Akan tetapi MTUC menginginkan kerajaan memberi peluang kepada warga tempatan mengisi kekosongan pekerjaan. Saya sangat bersetuju dengan gesaan ini apatah lagi memikirkan betapa tenat dan melaratnya anak tempatan kita sejak bermula pandemik Covid-19 pada 2020. Banyak perniagaan lumpuh selain…