1SYAWAL yang baru berlalu adalah tarikh sangat dinanti-nanti oleh kebanyakan umat Islam. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan ceria bersama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan. Cantik berpakaian baharu, hidangan kuih-muih pelbagai rasa dan warna, tawa ceria menghiasi amalan ziarah-menziarahi. Oh! Sungguh indahnya suasana pada Aidilfitri. Namun persoalannya, kegembiraan Aidilfitri diraikan atas kejayaan apa? Adakah kerana Ramadan telah tamat, maka tiada lagi belenggu rukun dan syarat puasa yang merantai diri? Atau…










