MENGENALI sosok bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa, walaupun nampak tegas, namun tetap mesra dan ada kalanya melantunkan lawak jenaka ketika sesi sidang akhbar. Sepanjang 10 tahun menjadi wartawan, saya beberapa kali berpeluang bertemu dan menemu bual beliau. Setiap kali itulah beliau begitu bersungguh-sungguh memperjuang serta memastikan perkhidmatan awam mendukung dan melaksanakan apa jua dasar negara termasuk Dasar Transformasi Negara melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Sosial supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Malah beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya