TANPA ‘katak’ ini, mana mungkin UMNO akan kembali berkuasa, kuat dan kaya seperti hari ini? Sedih mendengar perbahasan sidang khas Parlimen mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan Akta Anti Lompat Parti pada 11 April lalu, apabila mereka yang melompat digelar sebagai katak terus dipersalahkan. Seolah-olah tindakan mereka tiada nilai langsung. Walhal dari sudut lain, tindakan mereka memberi kesan besar kepada sebuah negara yang berasaskan sistem kenegaraan Islam,…










