MINGGU lalu, empat penyelam warga asing dari Britain, Perancis, Belanda dan Norway dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman. Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor melalui Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria mengaktifkan operasi carilamat dengan kerjasama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan. Ekoran kejadian tersebut, aktiviti di laut seperti selam skuba dan selam snorkel (snorkeling)…










