GAJI minimum mempunyai satu konotasi yang istimewa, iaitu gaji yang mesti dibayar kepada pekerja tidak boleh kurang daripada itu. Kadar yang digunakan sekarang ini ialah RM1,100 di kawasan luar bandar dan RM1,200 di kawasan bandar. Gaji minimum ialah gaji terendah, tetapi ia bukan gaji yang semestinya diikuti oleh majikan. Malah, mana-mana majikan yang mahu membayar gaji lebih daripada gaji minimum kepada pekerjanya adalah dibolehkan malah digalakkan. Tetapi apa yang dilihat berlaku pada hari ini ialah majikan membayar gaji minimum semata-mata kepada pekerja. Itu adalah satu amalan yang keliru dan salah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya