TERNYATA, rakyat Johor mengambil pendekatan mudah (simple) dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu. Pilihan yang semacam sudah tersimpan di hati sejak kecelaruan politik menghantui pemerintahan negeri. Justeru, mereka mempertaruhkan keyakinan kepada parti yang dianggap mampu menepati keperluan dan harapan, iaitu demi kemajuan dan kestabilan. Parti yang diberi mandat memerintah negeri diharap terus fokus menelusuri aspirasi rakyat membangunkan negeri dan mensejahterakan penghidupan semua. Semoga tiada…










