PENGUMUMAN pengunduran Lim Kit Siang dari arena politik, baru-baru ini mengundang reaksi pelbagai dalam masyarakat Cina. Secara umumnya, akhbar Cina memberi pengiktirafan amat positif kepada tokoh politik veteran itu yang terbukti mencurahkan segala keringat dan tenaga untuk memperjuangkan kesejahteraan politik demokratik negara. Beliau disimpulkan sebagai seorang tokoh politik tersohor dan dikagumi atas jasa-jasa memperkasakan kem politik pembangkang tanah air. Kit Siang terpilih sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka pada 1969. Sejak…