WIRA tak didendang. Inilah frasa tepat bagi merujuk peranan berkesan, namun secara diam-diam ubi oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dalam membanteras gejala penerokaan tanah secara haram. Pahang ialah satu-satunya negeri yang menubuhkan unit bersepadu ini, berupa gabungan keanggotaan beberapa jabatan dan agensi penguat kuasa termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Perhutanan Negeri. Berpedomankan ketegasan dan kemahuan politik tinggi Menteri Besar, Datuk…










