Dengan kes harian positif Covid-19 yang tertinggi melebihi 20,000 dan jumlah keseluruhan melebihi angka sejuta, mereka yang positif tanpa gejala atau bergejala ringan diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah. Justeru, mereka akan berada di rumah dengan ahli rumah yang merupakan kontak rapat sehinggalah bebas daripada virus dalam tempoh minimum 10 hari. Kuarantin kendiri tidak semudah menyebutnya, baik kepada yang positif, mahupun kontak rapat. Kesukaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu satu perkara. Kesukaran untuk menahan diri berkurung dan terkurung dalam bilik atau rumah, satu perkara lain. Pada Mei, Jun dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya