Berpolitik dalam era pandemik memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan ahli politik kerana jika cara lama berpolitik masih diamalkan, maka tidak lama jangka hayat ahli politik berkenaan. Ungkapan berbentuk nasihat yang sering dilaungkan ketika ini ialah seseorang itu perlu menjalani proses upskilling dan reskilling, iaitu menambah kemahiran demi berhadapan dengan kesan pandemik. Tidak terkecuali kedua-dua proses ini perlu dilalui oleh ahli politik jua. Perhati sahaja tindak tanduk Menteri Kesihatan United Kingdom, Matt Hancock yang terpaksa meletakkan jawatan apabila terbongkar beliau ingkar prosedur operasi standard (SOP) pandemik, iaitu penjarakan fizikal pada Jun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya