HINGGA saat kematiannya, dia gagal membuktikan tuduhan dan tindakannya benar. Dia mempunyai masa lebih dua dekad untuk membuktikan, tetapi ternyata gagal. Dia mati dengan membawa bersama-samanya hutang yang tidak terkuburkan – tuduhan palsu dan tindakan yang salah. Ternyata dengan tindakan salah yang mengorbankan berjuta-juta nyawa tidak berdosa, sejarah pasti tidak akan memaafkan perilaku buruk semasa hidupnya. Dia boleh berlindung di sebalik kuasa tetapi tidak boleh membenamkan kebenaran selama-lamanya. Maka, tidak…










