MPN versi berbeza - Utusan Malaysia

MPN versi berbeza

AZMAN MOHD. HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selepas beberapa hari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai menteri penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjumpa dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mendapatkan nasihat serta petunjuk tentang cadangan mewujudkan Majlis Pemulihan Negara (MPN), tiba-tiba kelmarin kerajaan mengumumkan penubuhannya.

Terima kasih kerana mengiktiraf cadangan penubuhan MPN ini, namun adakah ia MPN seperti yang dicadangkan oleh Pejuang? Cadangan asal MPN ialah kerana dilihatkan dalam keadaan sekarang, segala yang dirancang serta dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda negara, umpama menemui kebuntuan. Dikenal pasti antara kegagalannya ialah penglibatan  unsur-unsur politik dalam pengurusannya.

MPN yang dicadang oleh Pejuang ialah majlis yang tidak melibatkan politik, hanya pakar-pakar yang akan bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta mendapat pandangan atau cadangan daripada Parlimen. Sehinggakan Dr. Mahathir sendiri menyatakan sanggup keluar dari Pejuang seandainya beliau diminta mengetuai MPN. 

Kita tidak boleh nafikan beliau adalah golongan pakar yang berpengalaman berjaya mengatasi krisis negara yang bersaiz mega seperti sekarang. Itulah bukti komitmen Dr. Mahathir dalam usaha membantu menyelamatkan negara dan rakyat seperti yang kita semua maklum.

Adalah menjadi kegusaran kami, apabila kerajaan mengumumkan MPN versi berbeza. 

Kelmarin, Tengku Zafrul dalam satu kenyataan mengumumkan pembentukan MPN menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) bagi memastikan pelaksanaan PPN berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistik.

MPN dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bakal melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat dalam pelbagai aspek PPN berteraskan pendekatan whole of nation bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik secara sistematik dan selamat.

Penulis ialah Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya