Iman rapuh, PKP dorong rakyat bunuh diri? - Utusan Malaysia

Iman rapuh, PKP dorong rakyat bunuh diri?

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKP yang dikuatkuasakan dilihat menjadi antara punca tekanan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TREND bunuh diri sejak akhir-akhir ini amat menggerunkan kerana banyak membabitkan rakyat beragama Islam. Di manakah silapnya? Adakah pegangan agama  semakin rapuh atau berpunca daripada syariat Islam yang dipinggirkan? 

Faktor sosioekonomi mungkin juga menjadi penyebab tetapi masalah kerapuhan iman ekoran sikap dan pendirian ulama yang memandang remeh soal mempertahankan maruah agama  juga mendorong terjadinya kejadian seperti ini.

Dari sudut psikologi, terkongkong dalam tempoh yang agak lama di rumah, tinggal kawasan perumahan yang padat seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah pangsa selain tidak boleh bergerak jauh melebihi 10 kilometer (km) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta  sumber pendapatan terjejas ekoran kehilangan mata pencarian atau diberhentikan kerja akan memberi tekanan dan kemurungan kepada seseorang.

Faktor-faktor itu sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan di luar kawalan melibatkan mental dan emosi sehingga memaksa  individu melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Kerajaan harus memandang serius perkara ini kerana kejadian cubaan membunuh diri membabitkan generasi muda amat membimbangkan dan perlu ada jalan keluar untuk membantu dan mengatasinya.

Peranan media massa sepatutnya tidak hanya berkisah mengenai bahaya virus Covid-19 secara keterlaluan dan perlu memfokuskan langkah kawalan. 

Pengaruh media massa ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan mengurus pandemik sebenarnya boleh mengganggu emosi dan mental orang awam terutamanya generasi lapisan muda bahkan remaja belasan tahun. 

Persoalannya, apakah dengan mengenakan perintah sekatan penuh yang berpanjangan ini dapat melandaikan virus Covid-19, namun pada masa sama kerajaan dilihat lepas tangan dalam meredakan kemarahan rakyat?

Justeru, sampai bilakah masalah pandemik akan selesai jika kerajaan tidak menggunakan pendekatan strategi yang bersasar dan bukannya mengenakan lockdown tetapi pada masa sama industri perkilangan tetap beroperasi.

RAKYAT KESAL, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.