SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri sudah masuk hari ke-17. Insiden anak-anak muda lingkungan umur 19 hingga 35 tahun membakar suar sambil memegang kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ viral dalam sekelip mata pada malam lebaran lalu. Mereka digelar berani kerana bersuara. Bahkan dipuji oleh masyarakat termasuk ahli politik. Namun, tidak kurang mengutuk, bahkan ada menggelar mereka perusuh. Tangkapan demi tangkapan dibuat, hampir 30 orang semuanya. Belia kita. Saya mengikuti rapat insiden ini…










