DAP terus jual mimpi - Utusan Malaysia

DAP terus jual mimpi

RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAHUAN  seorang wanita bernama Maria untuk membawa DAP keluar daripada sebuah parti yang sinonim dari kepunyaan bangsa Cina kepada parti pelbagai kaum, memilih DAP agar membuka mata rakyat Malaysia yang bencikan perkauman.

Di Malaysia, memang ada parti yang jelas dasarnya memperjuangan bangsa tanpa ada keraguan bahawa bangsa itu mesti dikekalkan dalam wadah perjuangan Parti.

Ada juga Parti yang jelas memilih pelbagai kaum demi menegakkan kepercayaan bahawa kepelbagaian itu jalan keluar membina Malaysia.

Dalam memperjuangan satu-satu dasar, ia tidak perlu berselindung disebalik dasar Parti, tidak perlu menipu dalam semangat parti yang dibina.

Sekian lama DAP berjuang dengan mimpi dan realiti, mimpi yang didambakan sering kali dijual kepada orang Melayu yang mahukan tempat malah mimpi ini telah menjadi kepercayaan mereka untuk meletakkan DAP sebagai parti pelbagai kaum, parti yang bukan rasis.

Namun sejarah sering kali tidak menipu, mereka sering kali gagal di tengah jalan apabila melihat perjuangan DAP tidak boleh dipisahkan dengan kaum Cina, pelbagai usaha Pemimpin Melayu DAP dilakukan namun kegagalan sering kali ditemukan, tidak perlu di ungkapkan apakah al sebabnya, ramai yang kecewa apabila melihat pemilihan kepimpinan yang menjurus kepada satu kaum sahaja, pastinya bukan India dan Melayu.

Untuk menutup mimpi yang dijual, kaum Melayu akan di lantik, kaum india juga dilantik.

Dari 15 pemimpin Negeri yang terpilih kemungkinan adalah seorang bernasib baik terpilih.

Lebih baik menjadi Parti yang benar berjuang atas dasar yang dipercayai oleh ahli.

MIC, MCA, UMNO, Pas dan Amanah ini semua parti yang percaya kepada perjuangan bangsa bukan rasis.

Gerakan, PKR dan Warisan pula parti yang percaya kepada perjuangan pelbagai kaum.

Tapi DAP, sehingga hari ini terus menerus menjual mimpi demi kepalsuan perjuangan.

Meletakkan muka-muka Melayu dan India sekadar menutup sebuah perjuangan bangsa.

Kemahuan Maria akan gagal sebagaimana gagalnya tokoh-tokoh pemimpin Melayu yang sebelumnya.

Datuk Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya