Bahasa Inggeris tidak boleh diajar dalam tempoh singkat - Utusan Malaysia

Bahasa Inggeris tidak boleh diajar dalam tempoh singkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Samsiah Abdul Hamid dalam Utusan Malaysia bertajuk Sepatutnya Inggeris kita lebih bagus pada 17 Mei lalu tidak sesuai menggambarkan situasi di negara ini.

Samsiah turut membuat perbandingan antara epal dan oren apabila mengatakan Malaysia agak jauh ketinggalan berbanding negara jiran Singapura dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Untuk makluman, Singapura menggunakan aliran silibus Cambridge dan kerana itu pelajarnya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik di peringkat sekolah rendah lagi, sama ada dalam penulisan mahupun komunikasi.

Ini berbeza dengan pelajar di negara ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar selari dengan Dasar Pendidikan Negara dan bahasa Inggeris diajar
sebagai satu mata pelajaran.

Justeru, tanpa suasana pengajaran bahasa Inggeris dalam kelas, mana mungkin pelajar boleh menguasainya dengan baik, kerana itu pelajar tidak mampu membaca banyak buku bahasa Inggeris yang ada di sekolah kerajaan yang memperuntukkan bajet besar dalam pembelian buku untuk perpustakaan, tetapi tidak dapat dimanfaatkan.

Bukan salah pelajar. Mereka adalah hasil sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa tidak boleh dipelajari sebagai mata pelajaran untuk 20 minit.

HASSAN TALIB
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN