Teruskan tadarus dalam talian - Utusan Malaysia

Teruskan tadarus dalam talian

AMALAN tadarus al-Quran termasuk dalam perkara yang dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala besar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TADARUS al-Quran menjadi amalan penting bagi umat Islam setiap kali tiba Ramadan dengan matlamat untuk khatam (habiskan bacaan) al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan ini.

Secara mudah, tadarus bermaksud kegiatan pembacaan al-Quran oleh peserta dengan diselia oleh guru sambil membetulkan lafaz dan tajwid di samping mengungkap makna dan pentafsirannya.

Dengan menyertai kumpulan tadarus al-Quran, sekurang-kurangnya ada orang yang kurang mahir membaca al-Quran akan dapat belajar daripada mereka yang sudah mahir.

Asasnya, amalan tadarus al-Quran itu termasuk dalam perkara yang digalakkan dan dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala besar dalam bulan Ramadan.

Namun, dalam keadaan pandemik Covid-19, timbul persoalan bagaimana program tadarus secara berkumpulan ini dapat diteruskan? Adakah dijalankan seperti biasa dengan pertemuan di lokasi tertentu seperti di masjid selepas setiap kali solat?

Pastinya ia memerlukan kepatuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Amalan itu diharuskan untuk diadakan secara dalam talian yang mana setiap ahli tadarus berada di lokasi masing-masing dan membaca sebagaimana mereka berada bersama dengan menggunakan medium media atau aplikasi dalam talian seperti Google Meet dan Zoom.

Perkembangan teknologi ini boleh dimanfaatkan oleh umat Islam bagi menyemarakkan pengisian bulan Ramadan secara dalam talian.
.

DR. NOR HAZRUL MOHD. SALLEH
Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×