fbpx

9 Mei 2021, 12:37 am

  TERKINI

Sewa lesen perniagaan kepada warga asing satu kesalahan

SEBAHAGIAN premis warga asing yang beroperasi di sekitar pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENJELASAN Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bahawa bukan satu kesalahan membenarkan warga asing menyewa premis perniagaan asalkan mempunyai lesen perniagaan sah menimbulkan persoalan dan amat menghairankan.

Jika begitu caranya, maka selepas ini makin ramailah rakyat tempatan mengambil jalan mudah menyewa sahaja lesen kepada warga asing. Ini bermakna mereka tidak perlu lagi bersusah payah menguruskan perniagaan sendiri.

Adakah kita bangga apabila melihat premis perniagaan dengan pelbagai papan tanda dalam bahasa asing tumbuh di seluruh pelosok Ipoh?

Di negeri lain contohnya Selangor, rakyat tempatan yang didapati menyewakan lesen kepada warga asing berdepan penggantungan lesen dan disenarai hitam.

Oleh itu, Majlis Bandaraya Ipoh disaran mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyenarai jenis perniagaan yang tidak boleh dijalankan oleh warga asing serta perlu memiliki modal melebihi RM1 juta.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

BERITA BERKAITAN