Pengguna sering tertipu semasa beli barangan keperluan - Utusan Malaysia

Pengguna sering tertipu semasa beli barangan keperluan

ORANG ramai perlu lebih peka ketika memilih buah-buahan atau barangan basah lain bagi mengelakkan dari ditipu oleh peniaga. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA  objektif penubuhan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah adovakasi kepada peniaga untuk meningkatkan pematuhan dan turut berfungsi dalam  membanteras penyelewengan dalam perdagangan.

Memetik objektif dan bidang tugas kementerian tersebut semata – mata untuk mendapatkan penjelasan pihak berkaitan supaya pengeluar tidak melakukan penyelewengan dan penipuan kepada pengguna.

Dalam masa sama,  KPDNHEP boleh melakukan siasatan supaya kegiatan penipuan dan penyelewengan dalam perdagangan dapat dikenal pasti serta disekat seperti isu penipuan perniagaan buah-buahan di pasar raya.

Peniaga mendapat keuntungan dengan mudah apabila menjual buah yang  berkualiti dan dicampur dengan yang tidak berkualiti. Saya juga sering terbeli buahan seperti anggur dan buah naga  yang nampak masak tetapi apabila dimakan terasa pahit dan kurang manis.

Penjual dan pemborong sepatutnya mengenalpasti dahulu buah-buahan  yang sesuai dijual. Disebabkan peraturan tegas yang tidak membenarkan pembeli merasa sebelum membeli, maka pembeli mudah ditipu oleh penjual.

Perkara yang sama berlaku dengan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

Pengguna mempunyai hak untuk mendapat barangan yang sama nilai dengan harga yang dibeli, sementara penjual pula perlu mematuhi beberapa akta jual beli seperti timbang dan sukat, percatutan dan sebagainya.

Justeru, dalam berhadapan dengan iklim  ekonomi yang kurang baik ini, diharapkan pihak KPDNHEP memantau tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membanteras kegiatan penipuan terutama dalam  timbang dan sukat.

ABDUL HAMID

Temerloh, Pahang

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN