SAUDARA PENGARANG, PENCAPAIAN setahun Kementerian Sumber Manusia melalui inisiatif Sumber Manusia Nasional dikategorikan kepada enam teras utama meliputi seluruh bidang dan tanggungjawab seperti Pembangunan Kemahiran, Perhubungan Perusahaan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Perlindungan Sosial dan Tadbir Urus dilihat berjaya mencapai objektifnya. Sehingga Februari lalu, sebanyak 7,413 pemeriksaan berkanun dijalankan ke atas premis majikan melibatkan 34,557 tempat penginapan dan 327,280 pekerja. Melalui penguatkuasaan ini, tempat penginapan yang kotor, sesak dan tidak kondusif…










