fbpx

Segera wujud Mahkamah Perlembagaan

DIHARAPKAN mereka yang dimasukkan ke dalam penjara akan insaf. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yussuf Latiff baru-baru ini supaya kerajaan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan bagi membicarakan pelbagai kes provokasi yang menjadi satu kesalahan di bawah Perlembagaan Persekutuan wajar disokong semua pihak.

Contohnya, perbuatan melukis karikatur wajah Yang di-Pertuan Agong dengan tujuan menghina Seri Paduka adalah satu kesalahan kerana menghina institusi raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, pihak yang mempromosikan lambang dan wajah pemimpin komunis di restoran jelas sekali cuba mencabar sistem Raja Berpelembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Langkah menubuhkan Mahkamah Perlembagaan dapat membendung isu-isu yang dicetuskan segelintir anasir yang boleh mencetuskan pergaduhan dan rusuhan kaum.

Tanpa tindakan tegas seperti menubuhkan Mahkamah Perlembagaan, perbuatan pihak tertentu yang sanggup menghina Perlembagaan Persekutuan mengunakan platform media sosial bagi menyebarkan kegiatan mereka kepada umum akan semakin menjadi-jadi.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan saya mengutuk tindakan pelampau berkenaan. Oleh kerana kerajaan telah membina banyak penjara di negara ini, amat sesuai sangat mereka yang gemar mencetuskan rusuhan kaum diberi peluang menginap di situ.

Bila berada di dalam penjara sekurang-kurangnya dua bulan, diharapkan mereka yang boleh disifatkan sebagai individu ‘tidak ada penyakit cari penyakit’ boleh insaf.

ABD. RAZAK OSMAN
Sungai Petani, Kedah

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN