Gelandangan potong rambut percuma - Utusan Malaysia

Gelandangan potong rambut percuma

Program gunting rambut amal anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi negara, malah kesihatan awam terjejas dengan teruk sekali.

Dalam situasi negara tidak menentu ketika ini, golongan gelandangan antara yang terkesan sehingga banyak pihak menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan walaupun dalam keadaan sederhana.

Tidak mahu melihat gelandangan di ibu kota hidup terabai dengan keadaan diri yang daif, Jabatan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Pertubuhan Dai Kuala Lumpur (DAIKL) dan Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) baru-baru menganjurkan program Khidmat Amal Covid-19: Gunting Rambut Perdana kepada hampir 100 gelandangan bertempat di Pusat Sementara Gelandangan DBKL, Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kali ketiga itu melibatkan lima tukang gunting rambut yang memberi perkhidmatan secara percuma mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Usaha sama ini bertujuan membantu meringankan beban gelandangan serta memperkasakan aspek kebersihan dan kekemasan diri mereka sekali gus membela nasib golongan yang memerlukan sepanjang penularan pandemik Covid-19.

T.N WINDA MOHD. TAHIR
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya