Tanaman musnah, petani rayu bantuan - Utusan Malaysia

Tanaman musnah, petani rayu bantuan

Tanaman sayuran yang rosak akibat bencana banjir menjejaskan pendapatan Selmah Hamzah sekeluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUSIM tengkujuh yang melanda Pantai Timur pada akhir tahun lalu benar-benar memberi kesan kepada penduduk.

Ini kerana bukan sahaja barangan dan kenderaan musnah akibat banjir tetapi turut memberi kesan terhadap sumber pendapatan.

Dalam keadaan negara sedang berhadap penularan kes Covid-19, sudah pasti bencana banjir memberi kesan terhadap rakyat yang sudah sedia mengalami kesukaran dan terbeban dalam meneruskan kehidupan.

Saya yang merupakan seorang ibu tunggal terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 apabila hasil tanaman sayuran musnah akibat banjir.

Saya mengusahakan tanaman sayuran bersama anak sejak 2017, tidak mempunyai modal untuk memulakan musim baharu selepas menanggung kerugian besar.

Justeru, saya merayu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan agar dapat membantu usahawan bumiputera yang terkesan akibat banjir.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah memberitahu, kementerian akan mengenal pasti jumlah petani, penternak dan nelayan di seluruh negara yang terjejas akibat banjir termasuk kerugian dialami mereka.

Insentif itu akan diberikan selepas siasatan dijalankan pihaknya sejurus tamat musim tengkujuh. Diharapkan bantuan secara menyeluruh diberikan tanpa terlalu banyak syarat dan birokrasi.

SELMAH HAMZAH
Bera, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya