Sokong tutup sektor ekonomi - Utusan Malaysia

Sokong tutup sektor ekonomi

MAJIKAN berani mengarahkan kehadiran penuh kakitangan kerana menyedari tiada pemeriksaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, sepucuk surat Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) kepada ahli-ahlinya berlegar dalam media sosial mendakwa Malaysia bercadang melaksanakan penutupan ekonomi selepas 4 Februari ini sekiranya kes jangkitan Covid-19 tidak berjaya dikurangkan.

Saya berpendapat, penutupan ekonomi bagi satu tempoh tertentu adalah selari dengan apa yang diharapkan oleh rakyat kerana hasilnya akan menjadi lebih berkesan dan jelas.

Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua (PKP 2.0) kurang berkesan disebabkan pelaksanaannya agak berbeza kerana cuba mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan ekonomi.

Kerajaan juga dilihat mengambil pendekatan sambil lewa dalam mengawal kes jangkitan di tempat kerja. Paling ketara, banyak rungutan didengari berhubung kes majikan mengarahkan semua kakitangan untuk bekerja setelah menyedari tiada langkah penguatkuasaan dan pemeriksaan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Kes sama turut dilaporkan berlaku melibatkan agensi kerajaan walaupun jumlah kehadiran staf atas pertimbangan ketua bahagian dan tidak lagi tertakluk kepada 30 peratus daripada keseluruhan kakitangan.

Pendek kata, lebih rendah peratusan staf yang hadir bekerja daripada had itu, maka lebih rendah risiko jangkitan yang mungkin berlaku.

Malangnya majikan dilihat berlumba-lumba sesama mereka untuk meningkatkan jumlah kehadiran staf ke tempat kerja dengan sasaran seboleh mungkin mahu memastikan kehadiran penuh kakitangan.

ALCMAEON AENEAS
Bangsar, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya