fbpx

17 Januari 2021, 8:11 pm

  TERKINI

Sesi bersemuka di sekolah amat perlu

Kembali ke sekolah membolehkan pelajar menuntut ilmu melalui sesi pembelajaran secara bersemuka yang dilihat dapat memberi impak kepada tahap pemahaman mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Baik di peringkat sekolah rendah atau menengah, pelajar lebih cenderung melalui sesi pembelajaran secara bersemuka yang memberi impak kepada tahap pemahaman mereka.

Ini didasari pelbagai faktor seperti kurang kemudahan untuk menghadiri kelas dalam talian yang menuntut ibu bapa menyediakan kemudahan teknologi maklumat (ICT) seperti komputer riba, mesin pencetak dan capaian internet.

Bagi keluarga yang mempunyai anak bersekolah di pelbagai peringkat, hal ini memberi tekanan dan bebanan.

Di samping itu, kurang pemantauan ibu bapa terutama golongan bekerja memberi kesan kepada fokus murid untuk menyelesaikan tugasan diberikan guru.

Kebimbangan penularan Covid-19 di sekolah mampu diminimumkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh murid dan ibu bapa di samping peranan pihak sekolah.

Pematuhan pemakaian pelitup muka, penggunaan bahan pencuci tangan dan penjarakan sosial terbukti berkesan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

NAZRIN SHAH SAH ALLAM
Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM)

BERITA BERKAITAN