MUKADIMAH NAMA pakar radiasi perubatan, PROFESOR DR. NG KWAN HOONG dari Universiti Malaya (UM) bukan asing di peringkat antarabangsa kerana telah memberi sumbangan besar bagi memperkenalkan kaedah pantas mengesan barah payu dara pada peringkat awal. Dalam temu bual dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Kwan Hoong yang menjadi salah seorang penerima Anugerah Merdeka 2020, mengakui wujud ‘ketakutan’ masyarakat terhadap radiasi yang berpunca daripada salah maklumat…