DALAM satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan, enam tahun lalu, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Pak Ungku) melontarkan pandangan agak keras tetapi jujur mengenai perpaduan orang Melayu. Katanya, orang Melayu seperti orang Arab, sukar untuk bersatu. Beliau menjadikan faktor sejarah dan penjajahan yang dilalui oleh orang Melayu sebagai penyebab kepada kepayahan untuk menyatukan mereka. Saya berpendapat, penjajahan hanyalah faktor pengganda kepada kecenderungan orang Melayu untuk berpecah…










