Doakan kami hadapi SPM 2020 - Utusan Malaysia

Doakan kami hadapi SPM 2020

Pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM, Februari depan. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

pengumuman kerajaan mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal bermula 21 Februari 2021 melegakan kerana ia tetap dijalankan. Namun, pada masa sama, persediaan, ulang kaji, latihan, bimbingan dan masa untuk belajar perlu dilipat ganda.

Penutupan sekolah menyebabkan pembelajaran dalam kelas dengan bimbingan guru secara bersemuka tidak dapat dijalankan, sebaliknya diganti secara dalam talian.

Gangguan internet dan keperluan data serta komputer terpaksa ditanggung oleh ibu bapa tanpa sebarang alasan.

Kesabaran, keikhlasan, ketekunan, semangat dan sokongan adalah tonggak utama bagi kami yang menghadapi peperiksaan ini.

Selalunya, Disember adalah masa untuk bercuti tetapi norma baharu ini terpaksa dihadapi penuh kesabaran sehingga 2021.

Masyarakat yang memandang sinis terhadap guru sesungguhnya amat mengecewakan kerana walaupun dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka tetap memainkan peranan lebih dari masa persekolahan biasa.

Guru perlu menganjurkan kelas bukan sahaja pada waktu pagi hingga tengah hari, namun mereka meneruskan kelas hingga waktu malam dan hujung minggu demi tanggungjawab sebagai pendidik.

Oleh itu, kami sebagai pelajar amat berterima kasih dan akan lebih bersemangat untuk membalas usaha mereka dengan kejayaan.

Bagi ibu bapa pula, inisiatif terpaksa diambil untuk memasang talian internet dan mendapatkan komputer bagi memudahkan pembelajaran anak-anak di rumah.

Pengorbanan guru dan ibu bapa amat dihargai. Oleh itu, kami memohon doa daripada seluruh rakyat untuk memberikan sokongan dan semangat agar Allah memberi kekuatan dan kejayaan dalam usaha kami ini.

NUR SAKINAH SAMSUDIN
Calon SPM SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.