Dalam keseronokan ibu bapa meraikan anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT), satu persoalan yang ada di benak fikiran mereka juga, ke mana arah anak-anak ini seterusnya setelah tamat pengajian? Apa yang tersemat dalam fikiran anak-anak ini dan apakah niat mereka dalam perlumbaan meraih kejayaan demi kejayaan? Adakah anak-anak ini yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan bersedia dalam mengharungi kehidupan di IPT? Suatu suasana yang yang memerlukan…










